Sunday, February 13, 2011

luh mahfuz

Dari segi bahasa, Luh (dalam bahasa Arab) merupakan lembaran tempat menulis (batu tulis, kertas, buku). Luh Mahfuz, lembaran tempat menuliskan segala amal dan perbuatan seseorang yang akan diperlihatkan kepadanya ketika hari perhitungan nanti atau hari akhirat (yaumilmahsyar).



Luh mahfuz bermaksud sebuah tempat catatan nasib manusia dan rahsia makhluk Allah di alam ghaib yang dijaga dengan penuh rapi oleh para malaikat dan tiada sesiapa yang dapat menghampirinya.



Tercatat qada' dan qadar, rezeki, jodoh kita dan sebagainya. Hanya Allah yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara ini. Tidak ada makhluk lain mengetahinya.



Surah Al-Hajj ayat 70 menjelaskan hal ini.



"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam sebuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".



Al Quran juga diturunkan ke langit bumi pada malam lailatul qadr dari luh mahfuz. (ruj surah al Qadr).



Allah telah menjadikan luh mahfuz ini sebagai tempat untuk menyimpan segala rahsia dilangit dan di bumi. Syaitan akan berusaha untuk mencuri segala rahsia yang ada di luh mahfuz untuk memperdayakan manusia disamping itu ia bertujuan untuk memesongkan aqidah kita. Sebab itu Allah melarang kita melakukan amalan tilik nasib. Kerana situkang tilik dibantu oleh syaitan dan syaitan akan membisikkan hasutan kedalam hati manusia lantas memesongkan aqidah mereka. InsaAlllah semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah subhanawataalla.



Firman Allah yang bermaksud;



"Keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Ku."



[Surah Qaf: 29]



Ahli tafsir, Imam Mujahid menegaskan firman Allah Taala ini adalah bermaksud Allah Taala telah menetapkan apa yang sudah ditentukan-Nya. Ini bermakna bahawa taqdir Allah itu telah dituliskan pada Luh Mahfuz. Dan Ibn Abbas telah menerangkan juga, setelah Allah Taala menjadikan kalam, maka Allah berfirman kepadanya: Tulislah. Kalam itu menuliskan apa yang akan terjadi sampai Hari Qiamat. Kalam itu menulis di Luh Mahfuz.



Taqdir Allah yang tertulis pada Luh Mahfuz itu masih menerima perubahan, kerana ada taqdir Allah yang tertulis di Luh Mahfuz tadi ada yang sudah putus, dan ada pula yang belum putus yang dinamakan taqdir Mu'allaq, iaitu taqdir yang masih bergantung.



Misalnya, seseorang itu ditaqdirkan Allah umurnya 50 tahun, tetapi oleh kerana ia menghubungkan silaturrahim yang terputus, maka umurnya tadi ditambah 20 tahun lagi. Dan ada orang yang sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam Neraka, tetapi oleh kerana ia sentiasa berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari azab Neraka, maka ia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Taqdir yang seperti ini dituliskan juga dalam Luh Mahfuz. Taqdir yang seperti inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud:



"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), pada sisi-Nya ada ibu segala suratan."



[Surah Ar-Ra'd: 39]



Firman ALlah Taala tersebut dengan tegas mengatakan semua taqdir Allah yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu boleh dihapuskan Allah, jika Ia mengkehendakinya, atau Ia tetapkan sahaja sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Penghapusan atau penetapan itu sesuai dengan yang ada pada ummul kitab (Ibu sekalian kitab), iaitu ilmu Allah Taala yang Azali.



Mengenai penghapusan dan penetapan tulisan yang ada pada ummul kitab itu telah dinyatakan oleh Imam Baijuri, seorang ulama tauhid dalam kitabnya, Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid: 95 yang bermaksud:



"Ummul Kitab itu asal dari Luh Mahfuz, iaitu ilmu Allah yang tidak menerima penghapusan dan tidak menerima penetapan. Ada pun Luh Mahfuz sebenarnya menerima penghapusan dan penetapan."



Dalam masalah qadha' dan taqdir tidak ada yang boleh mengubah apa yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu kecuali yang boleh mengubahnya doa dan amal kebajikan. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:



"Tidak ada yang boleh menolakkan qadha' dan taqdir, kecuali doa, dan tidak ada yang boleh memanjangkan umur, melainkan berbuat kebajikan."



[Riwayat at-Tirmizi: Sahih at-Tirmizi]



Qadha' dan taqdir yang sudah tertulis dalam Luh Mahfuz itu dapat juga diubah dengan menghubungkan silaturrahim yang telah putus, di mana orang-orang yang menghubungkan silaturrahim itu akan luas rezekinya, dan lambat sampai ajalnya. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Anas ra yang bermaksud:



"Sesiapa yang suka luas rezekinya dan lambat sampai ajalnya, hendaklah ia menghubungkan rahim."



[Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Fath al-Baari: 13/20]



Hadith ini tidak berlawanan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:



"Maka apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."



[Surah An-Nahl: 61]



Menurut al-Imam al-Hafidz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalaani (773 - 852), ajal yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah ajal yang ditaqdirkan dalam "ilmu Allah" yang tidak menerima perubahan, di mana ajal yang dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah ajal yang tertulis pada Luh Mahfuz, yang diketahui oleh malaikat yang masih menerima perubahan.



firman Allah Taala:



Sesungguhnya kami Telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang Telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya dahulu adalah tanah".



(Surah an-nabaa:40)



Di akhirat, orang kafir berputus asa akibat mereka tidak tahu menghargai kurnia Allah swt yang telah menciptakan mereka sebagai insan, iaitu sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah Taala. lalu mereka berangan-angan, alangkah baiknya jika Tuhan menjadikan dirinya sebagai tanah daripada menjadi manusia kafir yang bakal menempuh nasib malang.



Justeru alam akhirat telah diprogram oleh Allah taala sebagai tempat manusia menerima balasan, sama ada balasan baik atau buruk. orang kafir berangan-angan dalam waktu terdesak, mengaharapkan Tuhan akan menukarkan mereka menjadi tanah supaya mereka terlepas daripada beban Akhirat. mereka lupa bahawa yang ditukarkan menjadi tanah di Akhirat kelak hanyalah haiwan yang tidak berakal sahaja.

cita-cita orang kafir supaya ditukarkan menjadi tanah itu membuktikan betapa mereka di dunia dahulu langsung tidak menggunakan akal yang waras bagi menilai kurniaan Tuhan yang telah menciptakannya sebagai insan.



Di dunia, mereka tidak pernah meminta supaya Tuhan menjadikan mereka sebagai tanah kerana sedar bahawa menjadi manusia adalah lebih baik daripada menjadi tanah. sebaliknya apabila mereka sudah dibangkitkan dimahsyar dan melihat balasan azab yang bakal ditempuhinya, tiba-tiba mereka meminta supaya dijadikan sebagai tanah.



Didunia mereka menipu Allah taala, diakhirat sekali lagi mereka cuba menipu. namun, segala cita-cita dan angan-angan karut orang kafir untuk menjadi tanah ataupun diadili seperti haiwan, tidak dilayan oleh Allah taala.



Setelah orang kafir berasa kecewa, kerana segala helahnya tidak mendapat perhatian Allah taala kecuali hukuman yang bakal ditimpakan, mereka terdengar suatu seruan daripada sisi Allah taala dengan pertanyaan: "Dimanakah letaknya Luh Mahfuz?" . Setelah itu, para malaikat mengusung Luh Mahfuz kehadapan Allah swt.



Ketika Luh Mahfuz diusung oleh malaikat, kedengaran bunyi suara hingar-bingar dan gegak gempita yang datangnya daripada langkah para malaikat dan manusia di padang mahsyar, yang terkejut dengan kehadiran Luh Mahfuz yang amat luar biasa itu.



Kemudian Allah Taala bertanya kepada Luh Mahfuz, "Hai Luh Mahfuz, kemana perginya kitab Aku, iaitu Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Furqan?" Jawab Luh Mahfuz: "Ya Tuhanku, kitab-kitab tersebut telah disalin semuanya oleh malaikat Jibril."



Lalu Allah taala mengarahkan malaikat Jibril supaya datang dalam keadaan kedua-dua lututnya menggeletar. Tuhan bertanya kepada Jibril: "Ya Jibril, Luh Mahfuz mengatakan bahawa Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Furqan kesemuanya telah engkau salin. Adakah Luh Mahfuz ini bercakap benar?" Jawab Jibril: "Benar wahai Tuhanku, semuanya telah aku salin."



Tuhan bertanya lagi kepada Jibril: "Setelah engkau salin kitab-kitab itu, apakah yang engkau lakukan terhadapnya?" Jawab Jibril lagi: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kitab Zabur itu telah aku serahkan kepada Nabi Daud As, Kitab Taurat aku serahkan kepada Nabi Musa As, Kitab Injil aku serahkan kepada Nabi Isa As, dan Kitab Furqan(al-Quran) telah aku serahkan kepada Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya aku telah menyerahkan kitab-kitab itu kepada para Rasul masing-masing, begitu juga kepada ahli suhuf yakni nabi-nabi yang telah aku serahkan kitab mereka.



AL-QURAN KETETAPANNYA SEJAK DARI LUH MAHFUZ

Penurunannya Sekaligus dan Diwahyukan Secara Beransur-ansur.



Menurut Ulama Tafsir, turunnya AL-Quran melalui 3 tahap berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadith Sohih:



1. Al-Quran di Luh Mahfuz


Firman Allah swt : "Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Quran yang mulia, yang tersimpan di Luh Mahfuz."

( Quran: al Buruj : 20-22 )



2. Al-Quran diturunkan ke langit bumi sekaligus.



Firman Allah swt : "Sesungguhnya telah Kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar yang mulia, yang tersimpan di Luh Mahfuz.”

( Quran: al Qadar : 1) Firman Allah swt : “Sesungguhnya telah Kami turunkan dia (Al-Quran) pada satu malam yang penuh berkah, sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang memberi peringatan.”

( Quran: ad Dukhan : 3)


Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. berkata Al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar pada bulan Ramadhan ke langit bumi sekaligus kemudian diturunkan secara beransur-ansur’.

(Riwayat : Imam Thabrani)



Imam as-Suyuti mengemukakan bahawa al-Burthubi menukilkan hikayat ijma’ bahawa turunnya Al-Quran sekaligus adalah dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit pertama).



3. Al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah (langit pertama) dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur.



Firman Allah swt : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya kamu bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan Kami turunkan dia secara sedikit demi sedikit.”

( Quran: al Isra : 106)



Turunnya Al Quran dalam bahasa arab dalam tujuh huruf (dialek suku-suku bangsa arab –iaitu Quraisy, Huzail, Saqif, Hawazan, Kinanah, Tamim dan Yaman).



Hikmah diturunkan dalam 7 huruf (lahjah/dialek) bagi menyatukan suku-suku bangsa Arab.



AYAT YANG MULA-MULA DITURUNKAN DAN SURAH SEMPURNA YANG MULA-MULA DITURUNKAN



Ayat paling mula diturunkan ialah ayat 1-5 surah al-Alaq tetapi tidak sempurna keseluruhan surah Al-Alaq. Dikenali sebagai ayat menandakan kenabian Nabi Muhammad SAW.



Surah al Muddatsir : ayat –ayat paling mula diturunkan perintah tabligh (Kerasulan Baginda SAW).



Surah yang sempurna semua ayatnya mula-mula diturunkan ialah Surah Al Fatihah (bermaksud- Pembukaan).


Diriwayatkan yang demikian dari jalan Abu Ishak dari Abi Maisarah berkata : “Apabila Rasulullah SAW mendengar suara baginda pergi dengan lari dan beliau menyebutkan turunnya malaikat kepada baginda dan perkataannya : Ucapkanlah Alhamdulillahirabbil'alamin sampai akhir surah".



Wasallam....



glitter-graphics.com

Perjalananku


glitter-graphics.com

perjalanan ini masih belum ada hujungnya.....
jejak2 langkahku bagaikan lembaran waktu.
apakah ku masih bisa terus melangkah...???
serpihan hidupku....

he...


glitter-graphics.com

SEGALA PERASAAN ITU INDAH JIKA...



Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...

JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..

SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...

JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…

Amin Ya Rabbal Alamin..

Alhmdulillah...itulah hikmahnya



Banyak amalan ibadah yang dapat dilakukan ketika sedang haid. Namun biasanya seorang wanita yang sedang haid mengalami penurunan semangat untuk beribadah, mungkin disebabkan kare...na rasa nyeri atau sakit saat datang bulan. Sebaiknya kita harus tetap semangat meskipun sedang haid sekaligus melakukan amalan ibadah. Berikut ini contoh amalan yang dapat dilakukan ketika sedang haid :

1. Memperbanyak dzikir kepada Allah
Dzikir menurut bahasa artinya ingat. Berdzikir berarti mengingat Allah, baik dilakukan dalam hati, ucapan maupun tindakan yang mensucikan dan memuliakan Allah.
- Dzikir dengan hati yaitu selalu mengingat Alloh dalam hati (merenungkan keagungan-Nya)
- Dzikir dengan ucapan / lidah artinya dzikir menyebut nama Allah secara lisan dengan mengucapkan perkataan yang bermanfaat, membaca Al-Qur’an dan ayat-ayat Allah, berdoa mengucap takbir tahlil tahmid dsb.
- Dzikir dengan anggota badan yaitu dengan mengerjakan kebaikan/perbuatan yang diredhai Allah seperti pergi mengaji ke masjid, menolong sesame dsb.

2. Menghadiri majlis ta’lim
3. Membaca buku2 agama
4. Mengisi waktu dengan melakukan hal yang bermanfaat
------------------------------------------------------------------------
Bolehnya Wanita Haid Berdzikir Kepada Allah Dan Membaca
Al Qur’an

Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nomor 971) meriwayatkan dengan
sanadnya sampai kepada Ummu `Athiyah radhiallahu ‘anha, ia berkata :
...
“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat Ied, pent.)
pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya
dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang
(yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya
orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan
kesuciannya.” (Diriwayatkan juga oleh Muslim nomor 10 : `Shalat
Iedain’)

`Aisyah radhiallahu ‘anha berkata : “Aku datang ke Makkah dalam
keadaan haid. Dan aku belum sempat Thawaf di Ka’bah dan Sa’i antara
Shafa dan Marwah. Maka aku adukan hal itu kepada Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda :

“Perbuatlah sebagaimana yang dilakukan seorang yang berhaji, hanya
saja jangan engkau Thawaf di Ka’bah sampai engkau suci (dari haid).”
(HR. Bukhari nomor 1650 dan Muslim nomor 120/ Kitab Al Hajj)

Dua hadits di atas memberi faedah bahwa wanita haid disyariatkan
untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala, dan Al Qur’an termasuk dzikir
sebagaimana Allah berfirman :

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz Dzikir (Al Qur’an) dan
Kami-lah yang akan menjaganya.” (Al Hijr : 9)

Apabila seorang yang berhaji dibolehkan membaca Al Qur’an maka
demikian pula bagi wanita haid, karena yang dikecualikan dalam
larangan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada `Aisyah yang
sedang haid hanyalah Thawaf.

Permasalahan membaca Al Qur’an bagi wanita haid ini memang ada
perselisihan di kalangan ulama. Ada yang membolehkan dan ada yang
tidak membolehkan.

Abu Hanifah berpendapat bolehnya wanita haid membaca Al Qur’an dan
ini merupakan pendapat yang masyhur dalam madzhab Syafi’i dan Ahmad,
dan pendapat ini yang dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah. Mereka
mengatakan : “Asal dalam perkara ini adalah halal. Maka tidak boleh
memindahkan kepada selainnya kecuali karena ada larangan yang shahih
yang jelas.”

Adapun jumhur Ahli Ilmu berpendapat tidak boleh bagi wanita haid
untuk membaca Al Qur’an, akan tetapi boleh baginya untuk berdzikir
kepada Allah. Mereka ini mengkiaskan (atau menyamakan) haid dengan
junub, padahal sebenarnya tidak ada pula dalil yang melarang orang
junub untuk membaca Al Qur’an.

Yang kuat dalam hal ini adalah pendapat yang pertama, dan ini bisa
dilihat dalam Majmu’ Fatawa 21/460 dan Syarhuz Zad 1/291. (Nukilan
dari Syarh Umdatul Ahkam karya Abu Ubaidah Az Zaawii, murid senior
Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadhi’i)

Asy Syaikh Mushthafa Al Adhawi dalam kitabnya Jami’ Ahkamin Nisa’
(1/183-187) membawakan bantahan bagi yang berpendapat tidak bolehnya
wanita haid membaca Al Qur’an dan di akhir tulisannya beliau
berkata : “Maka kesimpulan permasalahan ini adalah boleh bagi wanita
haid untuk berdzikir kepada Allah dan membaca Al Qur’an karena tidak
ada dalil yang shahih yang jelas dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wa Sallam yang melarang dari hal tersebut bahkan telah datang dalil
yang memberi faedah bolehnya (wanita haid) membaca Al Qur’an dan
berdzikir sebagaimana telah lewat penyebutannya, Wallahu A’lam.”

Kesebelas : Hukum Menyentuh Mushaf Bagi Wanita Haid

Al Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (1/502) menyatakan bolehnya
wanita haid membawa Al Qur’an dan ini sesuai dengan madzhab Abu
Hanifah. Berbeda dengan pendapat jumhur yang melarang hal tersebut
dan mereka menyatakan bahwa membawa Al Qur’an dalam keadaan haid
mengurangi pengagungan terhadap Al Qur’an.

Berkata Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi : “Mayoritas Ahli Ilmu
berpendapat wanita haid tidak boleh menyentuh mushaf Al Qur’an. Namun
dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan hal tersebut
tidaklah sempurna untuk dijadikan sisi pendalilan. Dan yang kami
pandang benar, Wallahu A’lam, bahwasannya boleh bagi wanita haid
untuk menyentuh mushaf Al Qur’an. Berikut ini kami bawakan dalil-
dalil yang digunakan oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh
Al Qur’an. Kemudian kami ikutkan jawaban atas dalil-dalil tersebut
(untuk menunjukkan bahwasanya wanita haid tidaklah terlarang untuk
menyentuh mushaf, pent.) :

1) Firman Allah Ta’ala :

“Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah :
79)

2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Tidaklah menyentuh Al Qur’an itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath
Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)

Jawaban atas dalil di atas :

Pertama : Mayoritas Ahli Tafsir berpendapat bahwa yang diinginkan
dengan dlamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa
Yamassuhu)) adalah `Kitab Yang Tersimpan Di Langit’. Sedangkan ((Al
Muthahharun)) adalah `Para Malaikat’. Ini dipahami dari konteks
beberapa ayat yang mulia :

“Sesungguhnya dia adalah Qur’an (bacaan) yang mulia dalam kitab yang
tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang
disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)

Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :

“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi
disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para
malaikat, pent.).” (Abasa : 13-16)

Inilah pendapat mayoritas Ahli Tafsir tentang tafsir ayat ini.

Pendapat Kedua : Tentang tafsir ayat ini bahwasannya yang dimaukan
dengan Al Muthahharun adalah kaum Mukminin, berdalil dengan firman
Allah :

“Hanyalah orang-orang musyrik itu najis.” (At Taubah : 28)

Dan dengan sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nomor 283
dan Muslim nomor 116)

Dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melarang bepergian dengan
membawa mushaf ke negeri musuh, karena khawatir jatuh ke tangan
mereka. (HR. Muslim dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Pendapat Ketiga : Bahwasannya yang dimaukan dengan firman Allah (yang
artinya) : “Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al
Waqi’ah : 79) adalah tidak ada yang dapat merasakan kelezatannya dan
tidak ada yang dapat mengambil manfaat dengannya kecuali orang-orang
Mukmin.

Namun adapula Ahli Tafsir (walaupun sedikit) yang berpendapat dengan
pendapat keempat, bahwa : “Yang dimaksudkan dengan Al Muthahharun
adalah mereka yang disucikan dari dosa-dosa dan kesalahan.

Dan yang kelima : Al Muthahharun adalah mereka yang suci dari hadats
besar dan kecil.

Sisi keenam : Al Muthahharun adalah mereka yang suci dari hadats
besar (janabah).

Mereka yang membolehkan wanita haid menyentuh mushaf memilih sisi
yang pertama, dengan begitu tidak ada dalil dalam ayat tersebut yang
menunjukkan larangan bagi wanita haid untuk menyentuh Al Qur’an.
Sedangkan mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an
memilih sisi kelima dan keenam. Dan telah lewat penjelasan bahwa
mayoritas ahli tafsir menafsirkan Al Muthahharun dengan malaikat.

Dalil Kedua : Tidak aku dapatkan isnad yang shahih, tidak pula yang
hasan, bahkan yang mendekati shahih atau hasan untuk hadits yang
dijadikan dalil oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al
Qur’an. Setiap sanad hadits ini yang aku dapatkan, semuanya tidak
lepas dari pembicaraan. Lantas apakah hadits ini bisa terangkat
kepada derajat shahih atau hasan dengan dikumpulkannya semua sanadnya
atau tidak?

Dalam masalah ini ada perbedaan pendapat, Asy Syaikh Albani
rahimahullah menshahihkannya dalam Al Irwa’ (91/158). Bila hadits ini
dianggap shahih sekalipun, maka pengertiannya sebagaimana pengertian
ayat yang mulia di atas. (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/187-188)

Asy Syaikh Al Albani rahimahullah sendiri ketika menjabarkan hadits
di atas beliau menyatakan bahwa yang dimaksud dengan `thahir’ adalah
orang Mukmin baik dalam keadaan berhadats besar atau hadats kecil
ataupun dalam keadaan haid. Wallahu A’lam.

Keduabelas : Bolehkah Wanita Haid Masuk Ke Masjid?

Dalam masalah ini ada perselisihan pendapat di kalangan Ahli Ilmu,
ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.

Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi membawakan dalil dari kedua belah pihak
dan kemudian ia merajihkan/menguatkan pendapat yang membolehkan
wanita haid masuk ke masjid. Berikut ini dalil-dalilnya :

Dalil Yang Membolehkan :

1) Al Bara’ah Al Ashliyyah, maknanya tidak ada larangan untuk masuk
ke masjid.

2) Bermukimnya wanita hitam yang biasa membersihkan masjid, di dalam
masjid, pada masa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Tidak ada
keterangan bahwasannya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
memerintahkan dia untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya, dan
haditsnya terdapat dalam Shahih Bukhari.

3) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada `Aisyah
radhiallahu ‘anha yang tertimpa haid sewaktu melaksanakan ibadah haji
bersama beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Lakukanlah apa yang diperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali
jangan engkau Thawaf di Ka’bah.” (HR. Bukhari nomor 1650)

Dalam hadits di atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak
melarang `Aisyah untuk masuk ke masjid dan sebagaimana jamaah haji
boleh masuk ke masjid maka demikian pula wanita haid (boleh masuk
masjid).

4) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nomor 283
dan Muslim nomor 116 Kitab Al Haid)

5) Atha bin Yasar berkata : “Aku melihat beberapa orang dari shahabat
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam duduk di masjid dalam
keadaan mereka junub apabila mereka telah berwudlu seperti wudlu
shalat.” (Dikeluarkan oleh Said bin Manshur dalam Sunan-nya dan
isnadnya hasan)

Maka sebagian ulama mengkiaskan junub dengan haid.

Mereka yang membolehkan juga berdalil dengan keberadaan ahli shuffah
yang bermalam di masjid. Di antara mereka tentunya ada yang mimpi
basah dalam keadaan tidur. Demikian pula bermalamnya orang-orang yang
i’tikaf di masjid, tidak menutup kemungkinan di antara mereka ada
yang mimpi basah hingga terkena janabah dan di antara wanita yang
i’tikaf ada yang haid.

Dalil Yang Melarang :

1) Firman Allah Ta’ala :

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendekati shalat
sedangkan kalian dalam keadaan mabuk hingga kalian mengetahui apa
yang kalian ucapkan dan jangan pula orang yang junub kecuali sekedar
lewat sampai kalian mandi.” (An Nisa’ : 43)

Mereka mengatakan bahwa yang dimaksud dengan kata `shalat’ dalam ayat
di atas adalah tempat-tempat shalat, berdalil dengan firman Allah
Ta’ala :

“… niscaya akan runtuh tempat-tempat ibadah ruhban Nasrani, tempat
ibadah orang umum dari Nasrani, shalawat, dan masjid-masjid.” (Al
Hajj : 40)

Mereka berkata : “((Akan runtuh shalawat)) maknanya ((akan runtuh
tempat-tempat shalat)).”

Di sini mereka mengkiaskan haid dengan junub. Namun kata Asy Syaikh
Mushthafa : “Kami tidak sepakat dengan mereka karena orang yang junub
dapat segera bersuci sehingga di dalam ayat ini ada anjuran untuk
bersegera dalam bersuci, sedangkan wanita yang haid tidak dapat
berbuat demikian.”

2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada para wanita ketika
beliau memerintahkan mereka untuk keluar ke tanah lapangan pada saat
shalat Ied. Beliau menyatakan :

“Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari mushalla.” (HR. Bukhari
nomor 324)

Jawaban atas dalil ini adalah bahwa yang dimaksud dengan `mushalla’
di sini adalah `shalat’ itu sendiri, yang demikian itu karena Nabi
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya shalat Ied di
tanah lapang, bukan di masjid dan sungguh telah dijadikan bumi
seluruhnya untuk ummat ini sebagai masjid (tempat shalat).

3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendekatkan kepala beliau
kepada `Aisyah yang berada di luar masjid ketika beliau sedang berada
di dalam masjid, hingga `Aisyah dapat menyisir beliau dan ketika
itu `Aisyah sedang haid.

Jawaban atas dalil ini adalah tidak ada di dalamnya larangan secara
jelas bagi wanita haid untuk masuk ke dalam masjid. Sementara di
masjid itu sendiri banyak kaum pria dan Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tentu tidak suka mereka sampai melihat
istri beliau.

4) Perintah-perintah yang ada untuk membersihkan masjid dari kotoran-
kotoran.

Dalam hal ini juga tidak ada larangan yang tegas bagi wanita haid.
Yang jelas selama wanita haid tersebut aman dari kemungkinan darahnya
mengotori masjid, maka tidak apa-apa ia duduk di dalam masjid.

5) Hadits yang lafadhnya :

“Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang junub dan tidak pula bagi
wanita haid.” (HR. Abu Daud 1/232, Baihaqi 2/442. Didlaifkan dalam Al
Irwa’ 1/124)

Namun hadits ini dlaif (lemah) karena ada rawi bernama Jasrah bintu
Dajaajah.

“Sebagai akhir”, kata Asy Syaikh Mushthafa, “kami memandang tidak ada
dalil yang shahih yang tegas melarang wanita haid masuk ke masjid,
dan berdasarkan hal itu boleh bagi wanita haid masuk masjid atau
berdiam di dalamnya.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/191-195, dengan sedikit
ringkasan)

buat rujukan... ttg mandi wajid yg utama bgku...

Tata Cara Mandi Haid dan Mandi Junub

Diringkas dari majalah As Sunah Edisi 04/Th.IV/1420-2000, oleh Ummu ‘Athiyah
Muroja’ah: Ustadz Aris Munandar

Haid adalah salah satu najis yang menghalangi wanita untuk melaksanakan ibadah sholat dan puasa (pembahasan mengenai hukum-hukum seputar haidh telah disebutkan dalam beberapa edisi yang lalu), maka setelah selesai haidh kita harus bersuci dengan cara yang lebih dikenal dengan sebutan mandi haid.

Agar ibadah kita diterima Allah maka dalam melaksanakan salah satu ajaran islam ini, kita harus melaksanakannya sesuai tuntunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Rasulullah telah menyebutkan tata cara mandi haid dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka baginda bersabda:

تَأْخُذُإِحْدَا كُنَّ مَائَهَا وَسِدْرَهَا فَتََطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ أوْ تَبْلِغُ فِي الطُّهُورِ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُُهُ دَلْكًا شَدِ يْدًا حَتََّى تَبْلِغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا المَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطْهُرُ بِهَا قَالَتْ أسْمَاءُ كَيْفَ أتََطَهَّرُبِهَا قَالَ سُبْحَانَ الله ِتَطَهُّرِي بِهَا قَالَتْْ عَائِشَةُ كَأنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ تَتَبَّعِي بِهَا أثَرَالدَّمِ

“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara, atau boleh juga digunakan pengganti sidr seperti: sabun dan semacamnya-pent) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).”

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa seorang wanita bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang mandi dari haid. Maka beliau memerintahkannya tata cara bersuci, beliau bersabda:

تَأْخُذُ فِرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهُّرُ بِهَا قَالَتْ كَيْفَ أَتَطَهُّرُ بِهَاقَالَ تَطَهَّرِي بِهَاسُبْحَانَ اللهِ.قَالَتْ عَائِشَةُ وَاجْتَذَبْتُهَا إِلَيَّ فَقُلْتُ تَتَبْعِي بِهَاأَثَرَا لدَّمِ

“Hendaklah dia mengambil sepotong kapas atau kain yang diberi minyak wangi kemudian bersucilah dengannya. Wanita itu berkata: “Bagaimana caranya aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah bersucilah!” Maka ‘Aisyah menarik wanita itu kemudian berkata: “Ikutilah (usaplah) olehmu bekas darah itu dengannya(potongan kain/kapas).” (HR. Muslim: 332)

An-Nawawi rahimahullah berkata (1/628): “Jumhur ulama berkata (bekas darah) adalah farji (kemaluan).” Beliau berkata (1/627): “Diantara sunah bagi wanita yang mandi dari haid adalah mengambil minyak wangi kemudian menuangkan pada kapas, kain atau semacamnya, lalu memasukkannya ke dalam farjinya setelah selesai mandi, hal ini disukai juga bagi wanita-wanita yang nifas kerana nifas adalah haid.” (Dinukil dari Jami’ Ahkaam an-Nisaa’: 117 juz: 1).

Syaikh Mushthafa Al-’Adawy berkata: “Wajib bagi wanita untuk memastikan sampainya air ke pangkal rambutnya pada waktu mandinya dari haidh baik dengan menguraikan jalinan rambut atau tidak.Apabila air tidak dapat sampai pada pangkal rambut kecuali dengan menguraikan jalinan rambut maka dia (wanita tersebut) menguraikannya-bukan karena menguraikan jalinan rambut adalah wajib-tetapi agar air dapat sampai ke pangkal rambutnya, Wallahu A’lam.” (Dinukil dari Jami’ Ahkaam An-Nisaa’ hal: 121-122 juz: 1 cet: Daar As-Sunah).

Maka wajib bagi wanita apabila telah bersih dari haidh untuk mandi dengan membersihkan seluruh anggota badan; minimal dengan menyiramkan air ke seluruh badannya sampai ke pangkal rambutnya; dan yang lebih utama adalah dengan tata cara mandi yang terdapat dalam hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, ringkasnya sebagai berikut:

1. Wanita tersebut mengambil air dan sabunnya, kemudian berwudhu’ dan membaguskan wudhu’nya.
2. Menyiramkan air ke atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air dapat sampai pada tempat tumbuhnya rambut. Dalam hal ini tidak wajib baginya untuk menguraikan jalinan rambut kecuali apabila dengan menguraikan jalinan akan dapat membantu sampainya air ke tempat tumbuhnya rambut (kulit kepala).
3. Menyiramkan air ke badannya.
4. Mengambil secarik kain atau kapas(atau semisalnya) lalu diberi minyak wangi kasturi atau semisalnya kemudian mengusap bekas darah (farji) dengannya.

TATA CARA MANDI JUNUB BAGI WANITA

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, beliau berkata:

كُنَّاإِذَأَصَابَتْ إِحْدَانَاجَنَابَةٌأَخَذَتْ بِيَدَيْهَاثَلَاثًافَوْقَ رَأْسَهَا ثُمَََّ تَأْخُذُ بِيَدِهَا عَلَى شِقِّهَاالْأيَْمَنِ وَبِيَدِهَااْلأُخْرَى عََََلَى شِقِّهَااْلأ يْسَرِ

“Kami ( istri-istri Nabi) apabila salah seorang diantara kami junub, maka dia mengambil (air) dengan kedua telapak tangannya tiga kali lalu menyiramkannya di atas kepalanya, kemudian dia mengambil air dengan satu tangannya lalu menyiramkannya ke bagian tubuh kanan dan dengan tangannya yang lain ke bagian tubuh yang kiri.” (Hadits Shahih riwayat Bukhari: 277 dan Abu Dawud: 253)

Seorang wanita tidak wajib menguraikan (melepaskan) jalinan rambutnya ketika mandi kerana junub, berdasarkan hadits berikut:

Dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘Anha berkata:

قُاْتُ ياَرَسُولَ اللهِ إِنِّي امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَرَأْسِي أَفَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ؟ قَالَ:لاَإِنَّمَايَكْفِيْكِ أَنْ تَحْثِيْنَ عَلَى رَأْسِكِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ مِنْ مَاءٍثُمََّ تُفِيْضِيْنَ عَلَى سَائِرِ جَسَادِكِ الماَءَ فَتَطْهُرِيْن

Aku (Ummu Salamah) berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita, aku menguatkan jalinan rambutku, maka apakah aku harus menguraikannya untuk mandi kerana junub?” Beliau bersabda: “Tidak, cukup bagimu menuangkan air ke atas kepalamu tiga kali kemudian engkau menyiramkan air ke badanmu, kemudian engkau bersuci.” (Hadits Shahih riwayat Muslim, Abu Dawud: 251, an-Nasaai: 1/131, Tirmidzi:1/176, hadits: 105 dan dia berkata: “Hadits Hasan shahih,” Ibnu Majah: 603)

Ringkasan tentang mandi junub bagi wanita adalah:

1. Seorang wanita mengambil airnya, kemudian berwudhu dan membaguskan wudhu’nya (dimulai dengan bagian yang kanan).
2. Menyiramkan air ke atas kepalanya tiga kali.
3. Menggosok-gosok kepalanya sehingga air sampai pada pangkal rambutnya.
4. Menyiramkan air ke badan dimulai dengan bagian yang kanan kemudian bagian yang kiri.
5. Tidak wajib membuka jalinan rambut ketika mandi.

Tata cara mandi yang disebutkan itu tidaklah wajib, akan tetapi disukai kerana diambil dari sejumlah hadits-hadits Rasululllah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Apabila dia mengurangi tata cara mandi sebagaimana yang disebutkan, dengan syarat air mengenai (menyirami) seluruh badannya, maka hal itu telah mencukupinya. Wallahu A’lam bish-shawab.

Kehebatan Surah Al Ikhlas...





"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"



Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:



Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian

diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk

mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:





Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara

sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.



Sabda Rasulullah SAW lagi:





Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat

Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.



Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.







sampaikanlah ilmu

ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah

pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak

Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.