Sewaktu di sekolah menengah, seorang pelajar baru bernama Aminah pindah ke sekolah saya yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan Melayu. Sepertimana di sekolah lain, setiap bulan kami menduduki ujian bulanan untuk setiap subjek. Pelajar Cina terkenal cemerlang dalam beberapa subjek tertentu, pelajar Melayu pula cemerlang dalam subjek lain, manakala yang India pula lain ceritanya.
Bagaimanapun, satu subjek di mana pelajar Cina dan India sentiasa menewaskan pelajar Melayu ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana, ramai daripada pelajar Cina dan India ibubapanya berpendidikan tinggi dan bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Malah, ramai yang ada tutor persendirian pula.
Entah macam mana, dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan Lima, saya mendapat markah yang tinggi dalam Bahasa Inggeris. Saya pun apa lagi, terasa bangga dan menunjukkannya kepada Aminah. Namun reaksinya menghairankan saya. "Wow! Alhamdulillah, Jam. Awak kalahkan semua pelajar lain!" Saya terpegun sejenak dan terfikir, "Dia gembira kerana saya?" Tapi paling memeranjatkan saya ialah bila dia menunjukkan pula kepada saya kertas ujiannya sendiri. Markahnya lebih rendah daripada saya. Terpempan saya dibuatnya. Bagaimana boleh dia bergembira sedangkan yang mendapat markah tinggi saya, bukannya dia?
Saat itu saya sedar bahawa dialah kawan sejati yang amat sukar ditemui. Sejak itu, saya amat menyayangi dan menghormatinya sebagai seorang rakan. Buat diri saya, inilah pengajaran tentang pentingnya IKHLAS, bagaimana sepatutnya seorang insan yang ikhlas harus berkelakuan kepada orang lain. Ia sesuatu yang baru untuk diri saya. Selama ini saya menyangka, sikap dengki, iri hati dan cemburu bila orang lain melebihi diri kita adalah kelaziman di dunia ini. Alangkah bersyukurnya saya kerana dipertemukan dengan sahabat yang hatinya semulia dia.
KEIKHLASAN SUMBER KETENANGAN JIWA
Sebagai ibu bapa atau pendidik, tahukah anda bahawa angka remaja yang membunuh diri dan yang menderita pelbagai tekanan jiwa di seluruh dunia kini meningkat tinggi? Satu sebab utama ini berlaku kerana remaja ramai yang mencari makna dan ketenangan hidup dari sumber yang tidak wajar. Alkohol, dadah, perhubungan bebas luar nikah, merokok, dan bermacam lagi hanya membawa kepada tekanan jiwa, kehidupan yang penuh derita, kosong dan tiada makna.
Dalam Islam, keikhlasan adalah titik tolak setiap fikiran dan perbuatan kita. Ini bermakna, apa sahaja yang kita lakukan semata-mata bertujuan mencari keredhaan Allah Maha Pengasih. Cuba anda renung sejenak. Mengapa pula Allah menghendaki sedemikian sedangkan Dialah Yang Maha Berkuasa? Jawabnya: Kerana Allah Maha Pengasih tahu hanya keikhlasan yang boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Satu-satunya cara untuk kita gembira dalam hidup ialah apabila kita ikhlas berbuat apa sahaja semata-mata kerana Allah, tanpa mengharapkan pujian orang lain.
Tidak lama dulu, saya mengikuti seminat Heart Purification (Penyucian Hati) dianjurkan oleh Institut AlKauthar (http://www.alkauthar.org), diajar oleh Sheikh Abu Abdissalam. Keratan notanya, bila diterjemahkan, berbunyi begini:
"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"
Pada hemat saya, ayat di atas cukup menarik kerana ia memberi bukti yang kukuh mengapa kita mesti ikhlas. Ibu bapa dan pendidik perlu peka; jika inginkan anak-anak dan anak didik yang benar-benar gembira, tenang dan berjaya hidupnya, ajar mereka supaya ikhlas. Emosi negatif seperti dengki mendengki, cemburu dan iri hati tidak bertempat, tamak haloba dan benci akan lenyap dengan sendirinya bila kita ikhlas.
TIPS MENGAJAR ANAK SUPAYA IKHLAS
Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya."Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda.
Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah.Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri.Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"
Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan.
Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Seperti kawan baik saya, Aminah, tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
Terbaru, saya menghadiri satu lagi seminar anjuran Institut AlMaghrib (http://almaghrib.org) berjudul A Heart Serene (Hati Yang Tenang) yang diajar oleh Sheikh Riad Ouarzazi. Petikan daripada notanya bila diterjemah berbunyi begini:
Beberapa tanda keikhlasan:
Niat yang murni sebelum memulakan sesuatu perbuatan
Menyempurnakan apa sahaja yang dibuat sama ada dilihat oleh orang lain atau sebaliknya
Mengalu-alukan nasihat daripada rakan taulan
Sentiasa insaf dengan kelemahan sendiri
Merasakan yang sumbangan anda kecil berbanding orang lain
Dan banyak lagi ...
Saya kira anda mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sahabat karib saya, Aminah. Kini beliau seorang pakar psikiatri pediatrik, iaitu doktor pakar penyakit mental kanak-kanak. Saya boleh bayangkan beliau sekarang, melayani semua kanak-kanak yang berjumpa dengannya dengan senyumannya yang mesra dan ikhlas. Tidak syak lagi, beliau menceriakan sesiapa sahaja yang menemuinya!
Chenta Zulaikha: " Sampai hati kau ungkapkan kata2 itu... biarlah, berbahagialah kau sayang diatas kehancuran dan airmataku".......umpama zahir tak terucap..... Pasrah segalanya..hanya Allah saja yang tahu semuanya, apa yang terbuku dihatiku."
Monday, April 18, 2011
Sunday, April 17, 2011
WANITA SHOLEHAH - BIDADARI DUNIA
Wanita Sholehah adalah sebaik-baik keindahan.
Menatapnya, menyejukkan Qolbu. Mendengarkan suaranya, menghanyutkan bathin. Ditinggalkan menambah keyakinan.
Wanita Sholehah adalah bidadari surga yang hadir di dunia.
Wanita Sholehah adalah Ibu dari anak-anak yang mulia.
Wanita Sholehah adalah Istri yang meneguhkan jihad suami.
Wanita Sholehah penebar rahmat bagi rumah tangga, cahaya dunia dan Akhirat.
..............................
Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia
Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab Al Qur'an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Walau berjualan di rumah saja
Karena iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan
Harta kemewahan dileburkan
Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Ditengah gelombang kehidupan

Friday, April 15, 2011
BIAR TULUSKU MENYENTAINYA...
Chenta datang ketika aku begitu haus dan dahaga oleh seteguk air kasihnya... namun chenta berubah sangat menyakitkan.. ketika aku harus tahu kenyataannya, dimana kemelut hati menjadi pipihan tulang rindu... dan hujan hati menjadi tambang mutiara lautan jiwa yang tabah menerima.. ku belajar untuk menchentai dalam bentuk sederhana... akan tetapi chenta membalas dengan menghancurkan aku dengan keluarnya bisa2... yang menjadikan banyak jiwa menanah oleh tingkahnya …. tersayat sembilu pilu dalam ulu hati.... merasuk lekat pada sukma bernyawa ini..., chenta membuatku hidup sekaligus membuatku setengah mati... memperjuangkannya.... maka uraikanlah.. dengan lembut tutur katamu... jalinkanlah antara satu dengan yang lainnya atas warna kejujuran itu... chenta mampu bertahan saat getirnya membaur lepas menindas dalam ruang hati yang luas... chenta juga sanggup untuk meluluh lantahkan keping – keping asa dengan seketika... tak akan ada hujung dan pangkalnya ketika semua harus tersentak mendengar kata chenta ini... tiada satupun yang kan mengerti dengan chenta itu sendiri yang ternyata masih bisu dalam diriku.... menjadikan enggan namun tak dapat berpaling dalam dunia yang hampa tanpa rasa... dari segala Kuasa-Nya... inilah chenta..., chenta yang begitu abstrack untukku melukiskannya.. rasa yang begitu kelu ketika ku harus menerima.... asa yang begitu mulia... di saat mengikis ego menjadi mengerti... mengubah nada tinggi menjadi lebih rendah... menyenandungkan asmara menjadi syahdu... menyimbolkan rindu dalam satu ikatan, saat badai hati menghempaskan sudut – sudut penyangga sukma... runtutan rasa menjadikan pelik dalam setiap logiknya.. rasa yang begitu rumit dan sulit untukku menjelaskannya... namun begitulah adanya... chenta . kasih sayang berlumurkan pengertian.... peduli yang berselimutkan kesetiaan... dan ikhlas yang bertemankan kesetiaan apa lagi yang mesti aku ucapkan? sementara telah habis kata kugureskan.... kau selalu ada dalam aliran darah penaku.. kau selalu ada dalam tinta hitamku kanvas lukis rasa dan asaku... aku hanya berharap dalam chenta .. ku tak akan memupuskan segala pinta dan doaku pada-Nya.. tentang aku dan dia... chenta begitu hebat dalam membentuk siapa diriku sebenarnya..., dan chenta-NYA telah membuatku membuka mata dan hati... untuk lebih jelas dalam mengenal arti chenta itu sendiri...
apa itu ketulusan chenta???
Biarkan saja jika aku nanti pergi dengan luka – luka yang dpenuhi airmata. Kegagalan dalam tanda keberhasilan yang tertunda, juga ketulusan dalam segala pemberianku padanya. Semoga itu cukup bermakna dalam hidupnya. Aku berdoa agar Allah selalu menjaga diriku dalam kesedihan, menyayangiku sewaktu aku merasa sendiri. Dan aku meminta pada-Nya, agar aku dikuatkan kerana bagaimanapun sampai detik ini, aku masih menchentainya...., dan aku mau dia bahagia, ada ataupun tiada diriku di sampingnya. Kerana biar bagaimanapun... ketulusanlah yang bisa mengalahkan segalanya, dan biarlah tulusku yang menchentai dia, sekalipun aku tak dapat hidup bersama dengannya. Ya Allah...., Maha Mulia, lagi Maha Bijaksana.... Inikah jalan ujian dari-Mu bagi hamba ya Rabb? Jika ini yang terbaik, berikan hamba kemudahan... berikan hamba kelapangan dada dan jiwa untuk menjalankannya... berikan kekuatan-Mu untukku bertahan ya Allah..., berikan aku pengertian tentang ikhlas yang sesungguhnya.... hingga air mata ini tetap menjadi doa – doa bagi jiwa yang selalu terjaga ame
en.....
en.....
hatiku rapuh....
didadamu ku jatuhkan tinta luahan rasa...terasa seperti ingin berkata, tetapi tak terzahir rasa.. hanya tinta yg bisa mengerti luahan rasa. Aku cuma An-nisa' Aku dan hati begitu dekat sekali sehingga cepat benar rasanya terasa...ku cuba utk menangkisnya.. mengapa harus aku rasa begitu? adakah kerana sayangku???? ku menyedari aku tak layak YA ALLAH.... tolong aku lontarkan ia jauh ke kutub utara...kalau boleh lebih jauh dr situ.. aku tak mahu.... aku tak layak....
biarlah aku begini, mmbilang waktu berlalu semoga suatu hari bersinar kembali pelangi hidupku...
siapa aku?? siapa kamu??? persoalan tak terjawap perlu... aku sayang dia.. aku rindu dia... cinta insani yg tak mungkin ternyata... bagai langit dan bumi jauhnya Perbezaan kita...AKU SEDAR~ APA DAYA JIKA RASA INI KEMBALI LG JIKA NYATANYA AKU SUDAH PASTI..
berikan aku kekuatan YA ALLAH...
malu tuk ku akui,,runtun jiwa basah dgn linangan airmata kala rindu terlalu ketara..apadaya tuk ku tangkis semua rasa... kenapa ia dtg jua????
aku tak daya tuk melupa, aku tak daya tuk besuara, diam aku dlm luka dendam rindu yg mmbara.
chenta tak berganti.. kasih hanya sekali.. chentaku tersemat dihati, menanti.Biar pun mungkin kau kan dimiliki biar ku semat rasa ku ini... Mengapa ada pertemuan jika ini akhirnya? kenapa rasa ini tak bisa lekang dr hati? kenapa sukarnya tuk aku mmbenci... makin sayang terasa hati... aku kan cuba menjauhi... sayang....
salahkah aku mechentai mu selamanya hingga kehujung nyawa??? aku mncari bahagia...yg belum mnjadi milikku.. tuhan menguji tiada berhenti...

Tuesday, April 5, 2011
buat insan yg diuji.....
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Saturday, April 2, 2011
9 SBB HATI TIDAK BAHAGIA....
9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnye time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan: Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)