Tiga Anugerah Terindah ( Muhasabah )
Allah SWT adalah Sang Maha Pengasih dan Penyayang.
Ia memberikan pelbagai nikmat, peluang dan kesempatan kepada kita sebagai hambaNya. Kita semak dan check koreksi diri. Di sana terdapat 3 anugerah yang terindah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai asbab, dan tiket untuk menambah amal dan kekuatan bekalan menuju akhirat.
Ahsanu Taqwim
Kita fahami ayat daripada Surah At-Tin ayat 4 ini. Maksudnya :
“ Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik.”
( At-Tin 95 : 4)
Kita adalah manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. Seharusnya kita bersyukur dan melihat ia sebagai ruangan dan kesempatan terbaik untuk mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT.
Nah! Sangat jelas di sini, kita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang istimewa dan terbaik.
Seharusnya, kita menyedari hakikat ini dengan kesedaran yang nyata.
Lalu, dibuahkan melalui tindakan yang akan menjadikan kita insan yang terbaik.
Menjadi manusia yang sedar, lalu bergerak membuat pilihan agar gelaran “ Ahsanu Taqwim” itu benar-benar hidup dan berlaku kepada diri kita.
Ahsanu Qaulan.
Kita hayati makna dan mesej Allah SWT di dalam surah Fusilat ayat 33 yang bermaksud :
“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “ Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”
( Fusilat 41 : 33)
Menyeru dan menyebarkan kebaikan dan kebenaran adalah sesuatu yang mulia.
Kata seorang salafusoleh :
“ Kebenaran itu adalah tiang seri kehidupan. Tanpanya maka akan sirnalah kehidupan itu sendiri.”
Kebenaran itu umpama cahaya yang akan menyinari kehidupan manusia yang kelam dan gelap gelita. Dari kekosongan kepada pengertian yang sangat bermakna kepada sebuah nilai kehidupan itu sendiri.
Kerana itulah, sebaik kata-kata adalah menyatakan kebenaran yang datang daripada Allah SWT.
Sebagai manusia, kita mampu menjadi yang terbaik dengan sesuatu yang baik. Jadilah manusia yang paling baik ucapannya, keaktifan dakwahnya, serulah orang lain kepada kebaikan dan perbanyakan energy positif di sekitar diri kita.
Ahsanu Amalan
Kita renungi maksud di dalam surah Al Mulk ayat 2 yang bermaksud :
“ Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
( Al Mulk : 2)
Kehidupan adalah pentas ujian dan cabaran.
Ujian adalah kayu ukur kepada suatu penilaian terhadap kerja laku manusia.
Ujian itu adalah tapisan kepada manusia yang akan menentukan siapakah yang tertinggi darjatnya dan terendah amalan di sisi Allah SWT.
Lantaran itu, amalan yang terbaik adalah harapan untuk mengapai keredhaan dan kerahmatan Allah SWT.
Harusnya kita menjadikan diri kita sebagai manusia yang terbaik amalnya, dan terdepan dalam kebaikan. Bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan di dalam diri.
Apakah sebaik-baik amalan? Kata Rasulullah SAW : Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan beristiqamahlah.”
Praktikal Dalam Hayah
Jika ingin menjadi sebaik-baik manusia, seharusnya kita menyatakan sebaik-baik perkataan dan mengerjakan sebaik-baik amalan secara konsisten dan berterusan.
Insan yang terbaik, sentiasa berusaha melakukan amalan yang terbaik agar dirinya mendapat tempat TERBAIK di sisi Allah SWT dan ditempatkan tempat TERBAIK di akhirat iaitu SYURGA ALLAH.
MUhsabah buat diriku yg telah hancur.. ini.. kau cipta luka yg amat dlm... tercari2 aku penawar jiwa.. memohon keikhlasan org yg mengasihiku... belaskan keadaanku.. demi keperimanusiaan.. mereka .. aku telah setengah mati menahannya...
ReplyDeleteaku berniat utk memakai purdah ,, akan ku tutup zahirku.. hanya utk pandangan ALLAH SWT SAHAJA... KALBULKAN NIATKU yA ALLAH..
ReplyDelete