Sunday, February 13, 2011

luh mahfuz

Dari segi bahasa, Luh (dalam bahasa Arab) merupakan lembaran tempat menulis (batu tulis, kertas, buku). Luh Mahfuz, lembaran tempat menuliskan segala amal dan perbuatan seseorang yang akan diperlihatkan kepadanya ketika hari perhitungan nanti atau hari akhirat (yaumilmahsyar).



Luh mahfuz bermaksud sebuah tempat catatan nasib manusia dan rahsia makhluk Allah di alam ghaib yang dijaga dengan penuh rapi oleh para malaikat dan tiada sesiapa yang dapat menghampirinya.



Tercatat qada' dan qadar, rezeki, jodoh kita dan sebagainya. Hanya Allah yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara ini. Tidak ada makhluk lain mengetahinya.



Surah Al-Hajj ayat 70 menjelaskan hal ini.



"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam sebuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".



Al Quran juga diturunkan ke langit bumi pada malam lailatul qadr dari luh mahfuz. (ruj surah al Qadr).



Allah telah menjadikan luh mahfuz ini sebagai tempat untuk menyimpan segala rahsia dilangit dan di bumi. Syaitan akan berusaha untuk mencuri segala rahsia yang ada di luh mahfuz untuk memperdayakan manusia disamping itu ia bertujuan untuk memesongkan aqidah kita. Sebab itu Allah melarang kita melakukan amalan tilik nasib. Kerana situkang tilik dibantu oleh syaitan dan syaitan akan membisikkan hasutan kedalam hati manusia lantas memesongkan aqidah mereka. InsaAlllah semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah subhanawataalla.



Firman Allah yang bermaksud;



"Keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Ku."



[Surah Qaf: 29]



Ahli tafsir, Imam Mujahid menegaskan firman Allah Taala ini adalah bermaksud Allah Taala telah menetapkan apa yang sudah ditentukan-Nya. Ini bermakna bahawa taqdir Allah itu telah dituliskan pada Luh Mahfuz. Dan Ibn Abbas telah menerangkan juga, setelah Allah Taala menjadikan kalam, maka Allah berfirman kepadanya: Tulislah. Kalam itu menuliskan apa yang akan terjadi sampai Hari Qiamat. Kalam itu menulis di Luh Mahfuz.



Taqdir Allah yang tertulis pada Luh Mahfuz itu masih menerima perubahan, kerana ada taqdir Allah yang tertulis di Luh Mahfuz tadi ada yang sudah putus, dan ada pula yang belum putus yang dinamakan taqdir Mu'allaq, iaitu taqdir yang masih bergantung.



Misalnya, seseorang itu ditaqdirkan Allah umurnya 50 tahun, tetapi oleh kerana ia menghubungkan silaturrahim yang terputus, maka umurnya tadi ditambah 20 tahun lagi. Dan ada orang yang sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam Neraka, tetapi oleh kerana ia sentiasa berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari azab Neraka, maka ia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Taqdir yang seperti ini dituliskan juga dalam Luh Mahfuz. Taqdir yang seperti inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah Azza Wajalla yang bermaksud:



"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), pada sisi-Nya ada ibu segala suratan."



[Surah Ar-Ra'd: 39]



Firman ALlah Taala tersebut dengan tegas mengatakan semua taqdir Allah yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu boleh dihapuskan Allah, jika Ia mengkehendakinya, atau Ia tetapkan sahaja sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Penghapusan atau penetapan itu sesuai dengan yang ada pada ummul kitab (Ibu sekalian kitab), iaitu ilmu Allah Taala yang Azali.



Mengenai penghapusan dan penetapan tulisan yang ada pada ummul kitab itu telah dinyatakan oleh Imam Baijuri, seorang ulama tauhid dalam kitabnya, Tuhfah al-Murid Syarah Jauharah at-Tauhid: 95 yang bermaksud:



"Ummul Kitab itu asal dari Luh Mahfuz, iaitu ilmu Allah yang tidak menerima penghapusan dan tidak menerima penetapan. Ada pun Luh Mahfuz sebenarnya menerima penghapusan dan penetapan."



Dalam masalah qadha' dan taqdir tidak ada yang boleh mengubah apa yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz itu kecuali yang boleh mengubahnya doa dan amal kebajikan. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:



"Tidak ada yang boleh menolakkan qadha' dan taqdir, kecuali doa, dan tidak ada yang boleh memanjangkan umur, melainkan berbuat kebajikan."



[Riwayat at-Tirmizi: Sahih at-Tirmizi]



Qadha' dan taqdir yang sudah tertulis dalam Luh Mahfuz itu dapat juga diubah dengan menghubungkan silaturrahim yang telah putus, di mana orang-orang yang menghubungkan silaturrahim itu akan luas rezekinya, dan lambat sampai ajalnya. Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Anas ra yang bermaksud:



"Sesiapa yang suka luas rezekinya dan lambat sampai ajalnya, hendaklah ia menghubungkan rahim."



[Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Fath al-Baari: 13/20]



Hadith ini tidak berlawanan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:



"Maka apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."



[Surah An-Nahl: 61]



Menurut al-Imam al-Hafidz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalaani (773 - 852), ajal yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah ajal yang ditaqdirkan dalam "ilmu Allah" yang tidak menerima perubahan, di mana ajal yang dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah ajal yang tertulis pada Luh Mahfuz, yang diketahui oleh malaikat yang masih menerima perubahan.



firman Allah Taala:



Sesungguhnya kami Telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang Telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya dahulu adalah tanah".



(Surah an-nabaa:40)



Di akhirat, orang kafir berputus asa akibat mereka tidak tahu menghargai kurnia Allah swt yang telah menciptakan mereka sebagai insan, iaitu sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah Taala. lalu mereka berangan-angan, alangkah baiknya jika Tuhan menjadikan dirinya sebagai tanah daripada menjadi manusia kafir yang bakal menempuh nasib malang.



Justeru alam akhirat telah diprogram oleh Allah taala sebagai tempat manusia menerima balasan, sama ada balasan baik atau buruk. orang kafir berangan-angan dalam waktu terdesak, mengaharapkan Tuhan akan menukarkan mereka menjadi tanah supaya mereka terlepas daripada beban Akhirat. mereka lupa bahawa yang ditukarkan menjadi tanah di Akhirat kelak hanyalah haiwan yang tidak berakal sahaja.

cita-cita orang kafir supaya ditukarkan menjadi tanah itu membuktikan betapa mereka di dunia dahulu langsung tidak menggunakan akal yang waras bagi menilai kurniaan Tuhan yang telah menciptakannya sebagai insan.



Di dunia, mereka tidak pernah meminta supaya Tuhan menjadikan mereka sebagai tanah kerana sedar bahawa menjadi manusia adalah lebih baik daripada menjadi tanah. sebaliknya apabila mereka sudah dibangkitkan dimahsyar dan melihat balasan azab yang bakal ditempuhinya, tiba-tiba mereka meminta supaya dijadikan sebagai tanah.



Didunia mereka menipu Allah taala, diakhirat sekali lagi mereka cuba menipu. namun, segala cita-cita dan angan-angan karut orang kafir untuk menjadi tanah ataupun diadili seperti haiwan, tidak dilayan oleh Allah taala.



Setelah orang kafir berasa kecewa, kerana segala helahnya tidak mendapat perhatian Allah taala kecuali hukuman yang bakal ditimpakan, mereka terdengar suatu seruan daripada sisi Allah taala dengan pertanyaan: "Dimanakah letaknya Luh Mahfuz?" . Setelah itu, para malaikat mengusung Luh Mahfuz kehadapan Allah swt.



Ketika Luh Mahfuz diusung oleh malaikat, kedengaran bunyi suara hingar-bingar dan gegak gempita yang datangnya daripada langkah para malaikat dan manusia di padang mahsyar, yang terkejut dengan kehadiran Luh Mahfuz yang amat luar biasa itu.



Kemudian Allah Taala bertanya kepada Luh Mahfuz, "Hai Luh Mahfuz, kemana perginya kitab Aku, iaitu Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Furqan?" Jawab Luh Mahfuz: "Ya Tuhanku, kitab-kitab tersebut telah disalin semuanya oleh malaikat Jibril."



Lalu Allah taala mengarahkan malaikat Jibril supaya datang dalam keadaan kedua-dua lututnya menggeletar. Tuhan bertanya kepada Jibril: "Ya Jibril, Luh Mahfuz mengatakan bahawa Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Furqan kesemuanya telah engkau salin. Adakah Luh Mahfuz ini bercakap benar?" Jawab Jibril: "Benar wahai Tuhanku, semuanya telah aku salin."



Tuhan bertanya lagi kepada Jibril: "Setelah engkau salin kitab-kitab itu, apakah yang engkau lakukan terhadapnya?" Jawab Jibril lagi: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kitab Zabur itu telah aku serahkan kepada Nabi Daud As, Kitab Taurat aku serahkan kepada Nabi Musa As, Kitab Injil aku serahkan kepada Nabi Isa As, dan Kitab Furqan(al-Quran) telah aku serahkan kepada Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya aku telah menyerahkan kitab-kitab itu kepada para Rasul masing-masing, begitu juga kepada ahli suhuf yakni nabi-nabi yang telah aku serahkan kitab mereka.



AL-QURAN KETETAPANNYA SEJAK DARI LUH MAHFUZ

Penurunannya Sekaligus dan Diwahyukan Secara Beransur-ansur.



Menurut Ulama Tafsir, turunnya AL-Quran melalui 3 tahap berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadith Sohih:



1. Al-Quran di Luh Mahfuz


Firman Allah swt : "Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Quran yang mulia, yang tersimpan di Luh Mahfuz."

( Quran: al Buruj : 20-22 )



2. Al-Quran diturunkan ke langit bumi sekaligus.



Firman Allah swt : "Sesungguhnya telah Kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar yang mulia, yang tersimpan di Luh Mahfuz.”

( Quran: al Qadar : 1) Firman Allah swt : “Sesungguhnya telah Kami turunkan dia (Al-Quran) pada satu malam yang penuh berkah, sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang memberi peringatan.”

( Quran: ad Dukhan : 3)


Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. berkata Al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar pada bulan Ramadhan ke langit bumi sekaligus kemudian diturunkan secara beransur-ansur’.

(Riwayat : Imam Thabrani)



Imam as-Suyuti mengemukakan bahawa al-Burthubi menukilkan hikayat ijma’ bahawa turunnya Al-Quran sekaligus adalah dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit pertama).



3. Al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah (langit pertama) dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur.



Firman Allah swt : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya kamu bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan Kami turunkan dia secara sedikit demi sedikit.”

( Quran: al Isra : 106)



Turunnya Al Quran dalam bahasa arab dalam tujuh huruf (dialek suku-suku bangsa arab –iaitu Quraisy, Huzail, Saqif, Hawazan, Kinanah, Tamim dan Yaman).



Hikmah diturunkan dalam 7 huruf (lahjah/dialek) bagi menyatukan suku-suku bangsa Arab.



AYAT YANG MULA-MULA DITURUNKAN DAN SURAH SEMPURNA YANG MULA-MULA DITURUNKAN



Ayat paling mula diturunkan ialah ayat 1-5 surah al-Alaq tetapi tidak sempurna keseluruhan surah Al-Alaq. Dikenali sebagai ayat menandakan kenabian Nabi Muhammad SAW.



Surah al Muddatsir : ayat –ayat paling mula diturunkan perintah tabligh (Kerasulan Baginda SAW).



Surah yang sempurna semua ayatnya mula-mula diturunkan ialah Surah Al Fatihah (bermaksud- Pembukaan).


Diriwayatkan yang demikian dari jalan Abu Ishak dari Abi Maisarah berkata : “Apabila Rasulullah SAW mendengar suara baginda pergi dengan lari dan beliau menyebutkan turunnya malaikat kepada baginda dan perkataannya : Ucapkanlah Alhamdulillahirabbil'alamin sampai akhir surah".



Wasallam....



glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment