Saturday, January 1, 2011

01012011




walau apa pun azam kita, harus kita ingat, ADAKAH AZAM TAHUN 2010 TELAH KITA LAKSANAKAN DAN KITA CAPAI ATAU TIDAK??? jika azam tahun lepas masih tidak dapat kita capai, maka teruskan usaha kita, bawa azam tahun 2010 ke tahun 2011.

namun harus kita ingat apabila tahun baru, maka kita juga perlu melakukan hijrah dalam kehidupan kita. hijrah dari segi sikap kita, perlakuan kita, pemakaian kita dan tatacara kita. hal ini kerana umur manusia semakin meningkat bukan semakin menurun. tatkala tahun baru menjelma maka semakin tua setiap insan di atas muka bumi ini. maka dengan itu jugalah manusia ini perlu berhijrah menjadi sesorang yang lebih baik.

hijrah ini perlu kita lakukan bukan pada tahun baru sahaja tapi juga pada tiap hari baru yang mendatang. bagi seorg muslim, jika sebelum ini solat 5 waktu kita jarang cukup maka kita perlu berhijrah utk menunaikan solat 5 waktu secukupnya malah ditambah dengan solat2 sunat.

jika sblm ini kita sentiasa melawan ibubapa maka kita juga perlu berhijrah dengan menjadi semakin menghormati ibu bapa kita. dan apa yg penting dalam semua hijrah yg kita lakukan, hijrah tersebut perlulah menjurus kepada satu hijrah yang membawa kepada kebaikan bukan saja kepada diri kita bahkan juga kepada diri orang lain yang berada didunia ini.

jika sebelum ini kasih sayang dan cinta kita pada suami atau isteri sedikit pudar, bajailah ia semula. kerana semakin bertambah hari, semakin bersasar tahun, semakin hampir kita kepada 'hari' perpisahan kita dengan orang-orang yang kita sayangi. tahun dan umur yang bertambah ini mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semakin menghampiri jemputan menemui Allah.

sedih dan hiba, sebak dan terharu, takut dan cemas. perasaan ini akan hadir dalam hati insan yang cintakan Allah. bimbang adakah diri dah cukup bersedia untuk menemui Allah ketika masa itu tiba nanti. marilah kita tingkatkan amalan, berazam untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik dari hari kelmarin. 



No comments:

Post a Comment