Sunday, January 30, 2011

I'M FALLING IN LOVE...

Bismillahirahmanirrahim...

|---- I'M

IN LOVE..... ♥♥♥♥♥ ----|

YA,,, ketertarikanmu kepada si dia itu lumrah.. fitrah yang Allah hadirkan.. setiap fitrah ada peraturannya... fitrah makan pun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta?. Oleh sebab itu, wajarkah kita mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan?.

Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati... menjalar pula pd maksiat perbuatan... nauzubillah min zalik...

Sahabat2 y disayangi sekalian,,,
bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh.. bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?

Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya... Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Sayidina Ali.. "Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya..."

Dengan penuh cemburu, Sayidina Ali berkata: "Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?"

Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghiasi bibir: "Tak kandaku sayang, kerana orang itu ialah kanda."

Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali, mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya...

Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur 'dating' di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?,,,

Begitu juga Sayidina Ali.
Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah?,,,
Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya?,,,
Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Sayidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari?,,,
Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?,,,

Kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia?,,,
Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

***Persoalan ini ditinggalkan tanpa jawapan kerana jawapan itu ada pada sahabat2 sekalian...maka dengan itu, fikirkanlah dengan mata hati yang beralaskan keimanan, ketaqwaan & perasaan cinta pada-Nya..marilah kita (termasuk diri ini) renung-renungkan... muhasabah diri.. muga Allah melindungi kita dari mainan & tipu daya syaitan.. Aamiinnnn.. :->

No comments:

Post a Comment