Biarkan kekecewaan berlalu, Agar kegembiraan mewarnai
Biar kegelisahan lenyap. Jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan itu menyapa, Agar kekuatan kita jana semula
Biar diri ini menderita, Agar aku tahu kepahitan derita ini
...Agar aku sedar kesengsaraan ini, tidak sama bahkan hanya
secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W
Tuhan sesekali tidak akan menzalimi hambaNya
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa, berupaya memilihnya
Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dari-Nya sentiasa ada
Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi
Diturunkan Ad-din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba
Berjalan sebagai Khalifah
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "IMAN"
Menyemai sepohon "TAQWA"
Agar dapat berteduh dari kepanasan "NAFSU"
Agar dapat berlindung dari hasutan "SYAITAN"
Dalam mencari Keredhaan ALLAH S.W.T
DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,
ReplyDeletedisusahkan sedikit agar insaf,namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya.
Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.
Dipanggil-panggil kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!