Tuesday, December 21, 2010

PERTARUNGAN

Hati yang telah kenal Tuhan itu ingin menyembah-Nya mentaati dan membesarkan-Nya.nafsu bimbang cuba menghaiang bertarung dan berperanglah dua makhluk rohani ini:

hati dibantu oleh akal
nafsu dibantu oleh syaitan

pertarungan jadi sungguh hebat dan sengit di dalam satu badan

Hati : Aku ingin sembah-Mu Tuhan Aku ingin mempelajari syariat-Mu.

Nafsu : Aah! engkau muda lagi. bila kamu hendak menikmati dunia yang indah ini? tunggulah, masa tua kan ada?

Hati : Tidak, aku tidak boleh bertangguh lagi sekarang juga aku mahu menyembah-Nya sebab tiada jaminan langsung yang aku boleh hidup sampai tua.

Nafsu : Tidakkah engkau akan menyesai nanti? Lihatlah semua orang buru dunia nikmat keliling pinggang, apa engkau sanggup miskin papa?
sedangkan engkau masih muda. Ya mungkin engkau mati muda, tapi mungkin juga engkau akan mati setelah tua. jadi, jangan melulu, rebutlah nikmat yang di depan matamu dulu, barulah fikir yang akan datang.

Hati : Betul, aku tidak pasti apakah aku mati muda atau tua. Tapi, antara dua kemungkinan itu, apa kata kalau aku mati muda? padahal aku tidak buat persediaan? tentu akan menyesal kemudian, tanpa kesudahan.

Nafsu : Betul katakau, tapi bukankah Allah Pengampun dan Pengasih?
Allah itu Maha Pemaaf, iaitu bila engkau bersalah, engkau akan dimaafkan. Kalau engkau tidak mahu buat salah, untuk apa Allah bersifat Pemaaf Pengampun dan Pengasih?

Hati : (Buntu. Ada munasabahnya kata-kata nafsu. Tapi kebenaran mesti ditegakkan. Maaf Allah hanya pada orang-orang yang menyerah diri pada-Nya yang minta maaf atas kekurangan dan keterlanjurannya. Bukannya pada orang yang menderhaka pada-Nya yang meninggalkan semua kehendak dan perintahNya, tapi mengharapkan kemaafan dari-Nya.

Nafsu : (Tetap tidak mahu mengalah.) Beginilah! lkut saia jalan tengah.
Nak sembah Allah, sembahlah nak buat amalan akhirat, buatlah
Tapi dunia fikirkan juga buatlah secara sederhana jangan sampai dunia ditinggalkan. jangan pula terlalu fikirkan akhirat hingga kita papa kedana.
Untuk mendapatkan dunia tak usah banyak kira bicara apa yang boleh dapat, ambil saja apa difikir halal haram nanti susah kita asalkan ibadah jangan disia-siakan inilah dia jalan sederhana bukankah Rasul menyuruh kita bersederhana dalam semua perkara “fifty-fifty” laa... akhirat mahu, dunia pun mahu juga.

Hati : (Hujahnya terus mati, dia tidak boleh berhujah lagi) Dia rasa hujah nafsu munasabah sekali.


**** Akhirnya hati dikalahkan oleh nafsu

No comments:

Post a Comment