Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warna pula lebi...h cantik dari susu dan lebih angi dari kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad s.a.w kerana diturukankan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini:1. Baca surah ini ketika hujan dan doa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
2.Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, insya'allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi
No comments:
Post a Comment